Sunday, 1 July 2012

Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum

Assalamualaikum,

Selamat Pagi. Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha Pengampun, Keampunan-Nya yang meliputi seluas langit dan bumi.

Berkaitan dengan dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata " Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"

Berkata Imam Ghazali lagi, barangsiapa ketika mengalami kesusahan dan menghadapi berbagai masalah maka hendaklah memperbanyak membaca; "Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghisu" - Maksudnya "Wahai Zat Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan segala rahmat Engkaulah aku memohon bantuan"


Dua asma Allah SWT yang teramat agung ini sememangnya terdapat di dalam ayat Kursi. Untuk itu barangsiapa membaca dua asma Allah SWT (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) sebanyak 1000 kali setiap kali selesai solat Isya'. Dengan izin Allah Yang Maha Agung maka dia akan mendapat seperti berikut:
  1. Banyak wang
  2. Didengar dan ditaati segala perkataannya
  3. Mendapat kasih sayang daripada perempuan dan juga lelaki
  4. Diberi kekayaan
  5. Mendapat kebahagiaan, kemuliaan, dan kewibawaan
  6. Dijauhkan dari bala dan bencana alam
  7. Dijauhkan dari penipuan, muslihat musuh dan lain2 yang sebangsa dengannya.
Beramal dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT, mudah-mudahan dengan keikhlasan kita itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan mendapat fadhilat dan khasiat2 yang tersebut diatas. Amalkan lah apa yang terdaya, dan latihlah agar ikhlas dalam beribadat.

18 comments:

  1. InsyaAllah...Aamiin ya rabbal alaamiin..

    ReplyDelete
  2. Sungguh Allah Dzat Yang Maha Berkehendak Lagi Maha Segalanya atas sesuatunya.

    ReplyDelete
  3. Ya KY dan Yudhi, mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dari Asmaul Husna Allah SWT yang Maha Agung ini.Ingatlah Allah SWT nescaya kita akan memperoleh keberkatan hidup di dunia mahupun akhirat.

    ReplyDelete
  4. InshaAllah akn saya amalkan dan semoga kita mndapat keberkatan dari azimat yahayul yaqayum....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mudah-mudahan kita semua mendapat bukan sahaja kebaikan di dunia, malah turut mendapat kebaikan di akhirat. Ingatlah Allah SWT, nescaya kamu juga diingati Allah SWT.

      Delete
  5. Replies
    1. Moga2 kita semua beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat.

      Delete
  6. Membuat air mata bercucuran...
    Pesan bapak dr setengah thn yg lalu pada selembar kertas yg berisi dua Asma Alloh untk dbaca setelah sholat baru skarang aku mengerti makna dan doanya.. Alhamdulillah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sama2 kita menjadikan Asma Allah yang agung ini sebagai amalan dan zikir.. semoga hati kita sentiasa rindu kepada Allah SWT.. Aaamin..

      Delete
  7. Replies
    1. Moga2 kita semua mendapat manfaat dengan menyebut Asma Allah SWT ini..

      Delete
  8. subhanallah begitu bijak wahai zat yang sempurna (ALLAH SWT.)......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga2 dengan menyebut Asmaul Husna ini, mendekatkan lagi hati kita dengan Allah SWT.. Ingatlah Allah SWT, nescaya hatimu akan menjadi tenang.. Ingatlah Allah SWT, moga2 beroleh kasih sayang daripada-NYA.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. minta ijin dan mengamalkannya yah pak..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Laskar... silakan mengamalkan.. moga sama2 beroleh manfaat.. moga sama2 beroleh keberkatan.. kita saling berkongsi ilmu yang bermanfaat..

      Delete
  11. Prkongsian hebat... InshaaAllah jom kita amlkn...

    Jmput ke sihatgojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Salam.. sama2 beramal.. sama2 beroleh rahmat dari Allah SWT..

    Sudah melawat blog sihatgojes.blogspot.com.. semoga perniagaan shaklee terus maju...

    ReplyDelete